Tuesday, April 28, 2009

Gambar-Gambar Pilihan

Kat sini ade beberapa gambar program yang melibatkan Pasukan KRS Raja Abdullah. mari tengok!!Pegawai dan Jurulatih Kem Integrasi SMK Raja Abdullah 2008
Platun SMK Raja Abdullah semasa Tatoo 2006 Peringkat Kebangsaan
Barisan Pegawai Waran KRS Peringkat Kebangsaan 2008
Program KHIDMAS (Kenduri Kahwin di Bukit Sentosa,Rawang,Selangor Darul Ehsan)Persembahan Silat dari Pegawai Putera'09 semasa X-change stdnt program (Malay-Japan)KRS Putera semasa Kem Integrasi SMK Raja Abdullah'08 Pegawai Putera (Pakaian no.3 KRS)
p/s; diorang nie sume poyo jew!! ;DD

Monday, April 27, 2009

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Zon Sentul'09

cerita tentang kawad kaki 2009!

pd awalnye, ckg amir tanak hantar platun KRS Raja Abdullah utk masuk bertanding taun nie. dengan alasan nk budak2 kadet concern stdy. tp last2 minute aritue,ckg amir dpt arahan drpd pengetua skola supaya masuk bertanding. masa tggl lagi seminggu. persiapan sume xbuat lagi. pemilihan utk budak2 kawad pon xbuat lagi. so,terpakse la ktorng bekerja keras utk mempersiapkn ape yg xsiap. sgt banyak kerja yg perlu dibuat n sgt byk bende yg perlu dipikirkankn. sgt memeningkan kepala oke! sgt tencen! namun ktorng ttp cube buat sehabis baik. naseb baek dak2 form5 twun nie bley arap n reti buat keje. berkat kejesame, ksungguhan n kesabaran,akhirnye sumenye dpt disiapkn pd mlm ptandingan kawad.

pd hari pertandingan;


dengan bermodalkan latihan selama 4 hari,n budak2 yang tade pengalaman bertanding,dorng mampu uat persembahan yg terbaik!


Keputusannya; Platun KRS Putera Raja Abdullah berjaya merangkul Naib Johan n Nur Hasyim telah dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik Kategori KRS(Zon Sentul) taun nie. TAHNIAH!!

Alhamdulillah!!
xsia2 korng berlatih siang mlm selama 4 hari. walaupun xdpt Johan,namun korng ttp THE BEST! pesanan kepada SEJAYA ; kitorang akan cube buat yang lebih baik taun depan untuk merampas balik piala pusingan tue. so,SILA TAKUT!

terima kasih kepada En Efendi n En Abu Zarin kerana telah menyumbangkan tenaga dalam melatih Platun Raja Dollah taun nie. tak lupe juge kepada x-stdnt2 yg telah mmberi smbgn samada secara langsung atau tidak langsung.

sekian,assalamualaikum ;)

[ONCE KRS,4EVER KRS]

X-student KRS Raja Abdullah @ Pulau Perhentian



salam ;)
mase untuk bercerita tentang percutian ktorng ke pulau perhentian. haha!! sgt best korng tau. selama 4 hari kitorng kt sane,mcm2 pengalaman kitorng dapat. n kt sane jugak la ckg amir dpt tau cemane perangai ktorng sebenar. sangat gile!! sangat talam! biasela. dak2 KRS Raja Dollah. prangai sume cm hantu. sblm pegi da kene mara ngan ckg amir sbb lambat kumpul. janji kul 11mlm. tp kul 12mlm baru kumpul. nk twu kenapa lambat?? sbb ktorang g karoke dlu. haha!! sape punye idea la. tapasalpasal abg am kene mara. ;DD sorry abg am!!


oke. cerita mase kitorang kt sane pulak. kat sane ktorng jumpe ngan dak2 UKM. perempuan. cun korang twu. so,masing2 cari peluang nk ayat dak UKM nie. termasukla aqu sekali. haha!! sangat tak segan!! kesian ckg amir. pening kepala dgn karenah ktorng. tp tape,dye tetap sayang ktorng. =)) antara aktiviti ktorang kt sane; snorkelling,kayak,BBQ n yg paling best dapat tengok 'SHARK'!! p/s; pada yg tau,diam2 sudeyh!! =)) oke. sekarang mari tengok ini gambar ;


best kn?? haha..tersangat la best!! kepada dak2 KRS yg x dapat pegi,sila jelez oke!! sumpah,korang memang rugi xikowt. thanx 2 abg kamarul sbb bsusah payah rancang program nie utk ktorng. jasamu tetap dikenang! pasnie,ktorng rancang nk amek license scuba plak. dga ctew kt pulau sipadan. so,pade yg nk follow sila kumpul duet awal2! n kepada sesiapa yg nk gambar2 sewaktu di pulau perhentian,sila klik sini;


http://s689.photobucket.com/albums/vv251/xkrsra1/pulau%20perhentian/


[ONCE KRS,4EVER KRS]


Maksud Logo dan Bendera KRS



♥ Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
♥ Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
♥ Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan
rasional dalam semua tindakan.
♥ Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
♥ Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
♥ Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
♥Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
♥ Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

♥ Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

♥ Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

♥ Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan
intelektual dan disiplin diri

Friday, April 24, 2009

Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

Tugu Kadet Remaja Sekolah



pengasas KRS ;

Allahyarham Mejar Muhammad Thani bin Sha'ban (SMK Raja Abdullah)

Mejar Ahmad Faradzila (SMK Tmn Tun Dr Ismail)

Mejar Anuar (SMK Titiwangsa)

tugu nie adalah kebanggaan kami..tugu nie juge adalah bukti bahawa sekolah kami (SMK Raja Abdullah) adalah sekolah pengasas Kadet Remaja Sekolah Malaysia.so,kepada sekolah2 lain,sila jangan mengaku yang sekolah korang 2 adalah sekolah pengasas oke??